The Dark Side

19.12.09

Kipas Susah Mati SW1: Peminat sejati Star Wars dari Kuantan

Dia dikenali sebagai dlost jedi kalau dalam internet dan antara buyer n dealer aktif dalam dunia ebay. Nama betulnya faiz dan kalau nak tengok koleksi dia, memang boleh buat muzium mini la..



Banyak betul koleksi dari karekter Star Wars membawa kepada kenderaan setiap citer dalam Star Wars.


Barangannya banyak dibeli dari ebay international (selalunya dari US) dan Malaysia dan bolehla dianggarkan kesemuanya bernilai ribuan ribu ma..


Yela, setiap koleksi tu nilainya amat tinggi bergantung kepada kualiti item dan classical value. ada yg mencecah ribu, tp kebanyakannya kira beli murah la. nak beli semua baru mungkin boleh beli apartment kat Bukit Antarabangsa (ada nilai lagi ke?)


So, nak jadi kipas susah mati ni syaratnya senang je, 1. kena minat, 2. kena pandai cari barang yg benar2 berbaloi, 3. kena pandai kuar duit walau beribu (tang ni yg payah ni) 4. kena pandai simpan n pandai la jaga kalo nak tahan lama..


Pendek kata, kena berduit sikit n berminat.. Kalau berminat leh la layar ebay tengok nama samaran dia ni dan kalau rasa murah bolehlah berjual beli ek (promosi sikit ni) Okla jumpa lagi di dunia fantasiku yg akan ke udara cakerawala nanti k..
posted by Alim Masnan at 7:23 AM 0 comments

14.12.09

Koleksi Aku : The Battle Of Endor BIKER SCOUT SPEEDER BIKE



Benda alah ni aku beli kononnya nak hadiahkan birthday adik aku Daus, seingat aku pertengahan 90-an. Harga dalam RM30 kira antara model terbaik Star Wars tapi utk citer Episod VI Return of Jedi.

Tp sebab adik aku tu tak pandai jaga, so aku amik balik dgn beruk sikunya dan masih dalam simpanan ku sehingga kini..selamat lagi, cuma kotak dah aku buang la.. Kalau kat ebay mau dalam RM100 lebih kalau jual..
posted by Alim Masnan at 7:23 PM 0 comments

Mari Bercurita: Star Wars Episod IV 'A New Hope'

Buat julung kalinya aku nak citer pasal citer klasik akhir 70-an tetapi teknologi dan jalan citernya masih dikagumi sehingga hari ini. Tak terjangkau filem kita nak menjejakinya..

Citer science fiction. fantasy story telling ni 1st time George Lucas cuba bawa pada masa tu tahun 1977. Orang dok gelak and kata dia ni giler and tak logik. Mana mungkin citer cam ni akan diterima org ramai lagi2 masa zaman tu lebih dikenali zaman hippies and Saturday night fever.


Citer sikit la, story dia ni pasal pada satu masa dulu di sebuah galaxy far far away, satu kumpulan Rebel Alliance yang berpusat di Death Star sebuah bulan buatan yg dikenali sebagai space station, merupakan kuasa pemusnah yang dicipta oleh penakluk jahat Galactik Empire.
Apabila seorg budak kampung (kaw gurun pun ada kampung?) bernama Luke Skywalker menemui droid R2 D2 (yg bentuk silinder putih) dan 3CPO (warna emas) yang menyimpan rahasia plan Death Star. lalu Luke pun tolong la dorang utk mencari Jedi Master Obi-Wan Keubi (silap Kenobi) yg membawa misi cabaran ini untuk bertemu dgn pihak penegak keadilan atau yg hangat reformasi (orang kata pemberontak)  di satu planet lain bagi meneruskan misi murni menentang penguasa yg zalim. Dalam pengembaran itu mereka bertemu dgn Pricess Leia Organa yang seterusnya berjaya menyelamatkan galaksi dan memusnahkan Death Star.. Hurray!!    
Info sikit pasal filem Star Wars Epison IV 'A New Hope'
Budget filem : $11 juta
Released : May 25, 1977 (aku belum lahir lagi)
Untung kat US : $460 juta
Untung luar negara : $337 juta
Anugerah : tercalon 10 Academy Award, 3 award dorg menang
Citer lain : 1997 Lucas released special edition 1997, dan 2004 realese DVD touch up sikit special effects, dialog dan beberapa tambahan scene pendek (antaranya perbualan Han Solo dgn Along Alien Besar yg huduh tu.. lupe nama dia)
Aku start tengok : Masa tu  dalam akhir 80an kat TV 1 kot, time tu aku kecik lagi masih darjah 3 - 4, tak pasti tv masa tengok tu kaler ke itam putih.. Ketika itu jugalah aku mula terjebak, mengkagumi dan meminati filem ini. Kira kipas susah matilah sampai la ni aku dan beranak pinak masih follow apa jua pasal Star Wars dan kerabatnya..
Okla, cukuplah sampai di sini dulu sayang.. Tunggu episod seterusnya nanti dalam rancangan Mari Bercurita: Star Wars Episod V ' Empire Strike Back'
posted by Alim Masnan at 7:12 PM 0 comments

10.12.09

May Allah Be With You...




Benda ni yang udah lama aku tak buat, akan berlaku selepas tarikh yg terpampang kat pict tu... Banyak mengubah sedikit ruang hidupku menjadi lebih ceria, sabar dan memokaikan... huhuhu..
Obi 1 Kelubi
posted by Alim Masnan at 7:45 AM 0 comments

6.12.09

hai there
posted by Alim Masnan at 10:14 PM 0 comments